Beruang Matahari Malaysia Sebagai Ikon Rasmi, PMX Lancar Visit Malaysia 2026

LocalTravel
8 Jan 2025 • 10:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk info ramai, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun melancarkan Kempen Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 atau VMA2026).

Difahamkan logo VMA2026 melambangkan sebagai budaya Malaysia yang cukup dikenali dengan kaya keindahan semula jadi dan daya tarikan global, menjadi simbol kesediaan negara menyambut pelancong di seluruh dunia.

image is not available

Dalam pada itu, lagu tema VMA2026 bertajuk ‘Surreal Experiences’, di mana ia turut dilancarkan bagi mempromosi daya tarikan unik negara agar dapat dilihat oleh pelancong luar.

Melalui ucapan PMX sewaktu merasmikan kempen ini, dia memaklumkan lagu tema VMA2026 cukup inklusif, di mana ia merangkumi semua daerah dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri.

image is not available

Selain itu, VMA2026 mempunyai sasaran iaitu mahu menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana pendapatan lebih RM140 bilion.

image is not available 1 day ago

"Wira & Manja" - Beruang Matahari Dipilih Sebagai Ikon 'Visit Malaysia 2026'