Beruang matahari masuk perangkap Perhilitan

2 Jan 2025 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seekor beruang matahari seberat 100 kilogram berjaya ditangkap. Gambar hiasan

BANDAR PERMAISURI - Seekor beruang matahari seberat 100 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Sungai Bari di sini pagi tadi melalui perangkap yang dipasang.

Pengarah berkenaan, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran beruang matahari itu pada 30 Disember lepas.

"Bertindak atas laporan itu, pada hari sama, anggota Perhilitan telah memasang sebuah perangkap berhampiran kebun kelapa di kampung berkenaan.

"Beruang jantan ini dalam keadaan sihat dan telah dilepaskan ke habitat semula jadi yang sesuai," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, haiwan itu merupakan beruang yang pertama ditangkap oleh Perhilitan Terengganu pada tahun ini. - Bernama