Berwarna di Bomb Battle Atria Shopping Gallery

Travel
26 Mar 2024 • 4:30 PM MYT
Khairil Aiman
Khairil Aiman

Corporate employee who engages in digitization projects

Image from: Berwarna di Bomb Battle Atria Shopping Gallery
Gambar daripada Khairil Aiman

Letusan warna mewarnai hari saya di Bomb Battle Atria Shopping Mall. Setakat ini, Bomb Battle mempunyai dua cawangan iaitu di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kedua- dua tempat ini mempunyai konsep aktiviti yang sama namun agak berbeza. Oleh kerana ini merupakan aktiviti yang ditaja oleh syarikat kerja, maka Atria Shopping Mall yang menjadi tempat pilihan.

Sebelum mulanya aktiviti-aktiviti di sini, kami dibahagikan kepada empat kumpulan, maklumlah ramai yang ikut serta. kami mulakan aktiviti di Bomb Battle dengan sebuah permainan bernama “Paint Bombs” yang juga merupakan tarikan utama di sini. Permainan ini memerlukan peserta untuk melalui empat bilik iaitu Light Memory, Dive In, Strike It dan Lockdown sebelum tiba di bilik terakhir, Valve Breaker dimana pemain akan ditembak dengan cecair berwarna. Setiap bilik mempunyai masa selama 15 minit sebelum bilik seterusnya dibuka. Terdapat satu lagi permainan yang seakan-akan sama bernama “Power Bombs”. Permainan ini memerlukan pemain melalui lima bilik berbeza iaitu Medusa's Gaze, Scream It Out, Shape It Up, Brink Escape dan akhir sekali Gunfire dimana pemain akan ditembak dengan serbuk berwarna.

Seterusnya, kami bermain sebuah permainan bernama “Versus Arena” yang memerlukan dua kumpulan untuk bermain, jika namanya versus semesti kami perlu bertanding antara kumpulan. Permainan ini mempunyai empat aktiviti iaitu Human Row, Lightning Tap, Speed run dan Whack A Mole. Kesemua aktiviti ini merupakan aktiviti fizikal, jadi pastikan anda sedia untuk berpeluh. Selain itu, terdapat juga permainan lain iaitu “The Greatest Lava”, permainan berdurasai 20 minit yang menguji kemampuan tindak balas dan kemahiran ketangkasan. Saya sangat mengesyorkan anda untuk berseronok beramai ramai di sini. Pastikan anda datang dengan minimun sebanyak empat orang kerana kesemua permainan di sini memerlukan kerjasama berkumpulan. Pastikan juga anda datang dengan pakaian yang bersesuaian kerana anda akan berpeluh di sini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka: https://www.thebombbattle.com/


Khairil Aiman adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.