Berwaspadalah guna pengecas USB di lapangan terbang untuk elak risiko digodam

Technology
11 Apr 2023 • 10:57 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda biasa gunakan pengecas USB yang disediakan di lapangan terbang? Fikirkan kembali kerana FBI di Amerika Syarikat memebri peringatan tentang insiden hacker menghantar perisian hasad melalui port USB awam lapangan terbang.

Di sana, kaedah itu dikenali sebagai "juice jacking" dan telahpun dikesan seawal 2020 lagi. Dalam satu kajian yang dijalankan, lebih separuh daripada responden di A.S tidak menyedari risiko menggunakan port USB di tempat awam.

image is not available
Bawa pengecas sendiri lebih selamat

Sebaliknya, pihak berkuasa menyarankan anda membawa pengecas anda sendiri iaitu blok pengecas dan sambungkannya dengan punca kuasa. Dengan cara itu, anda boleh pasti yang tiada sambungan data diwujudkan antara telefon dengan pengecas. Satu lagi solusi yang disarankan adalah anda membawa pek kuasa (powerbank) sendiri.

Sambungan USB adalah satu daripada dua saluran serangan yang boleh dieksploitasi oleh pihak tak bertanggungjawab. Saluran kedua adalah Wi-Fi percuma di mana-mana tempat awam juga boleh menjadi pintu masuk kepada serangan siber.

Sumber: FBI

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved