Besar betul! Netizen teruja, paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang

15 Sep 2024 • 6:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan penemuan mamalia laut dipercayai paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang semalam sehingga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video itu, seorang lelaki menyebut “Ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus, turun ma, selam pergi sana ikan paus,” berulang beberapa kali.

image is not available

Paus bungkuk kali pertama muncul

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, pensyarah Program Biologi Marin dan Penyelidik Bersekutu Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Maizah Mohd Abdullah berkata, kemunculan spesies yang juga dikenali sebagai paus bungkuk itu boleh dianggap istimewa kerana tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

Difahamkan, ia merupakan seekor puas dipercayai spesies Humpback Whale (megaptera novaeangliae) yang melakukanpenghijrahan atau migrasi paling jauh berbanding mana-mana haiwan mamalia lain.

“Walaupun agak sukar mengecam spesies paus itu kerana rakaman video pendek dan kurang jelas menunjukkan bahagian kepala atau ekor paus itu tetapi pengecaman pada bentuk sirip dorsal menunjukkan ia adalah spesies Humpback Whale atau paus bungkuk.

“Untuk rekod, spesies ini boleh dijumpai di perairan dalam di seluruh dunia namun populasi yang paling hampir dengan perairan Malaysia adalah dari kawasan Western North Pacific,”katanya.

image is not available

Beliau berkata, populasi paus bungkuk ini menggunakan erairan Okinawa, Jepun dan Filipina untuk membiak dan di Malaysia, ia pernah dilaporkan ditemui di perairan Pangkor, Perak dan Miri, Sarawak,

Bagaimanapun, tiada bukti yang mencukupi untuk menyatakan perairan di negeri ini menjadi laluan mamalia marin itu memandangkan ia adalah kemunculan kali pertama di Pulau Redang.

Pihaknya juga tidak mempunyai maklumat saintifik berkenaan lokasi laluan spesies Humpback Whale di perairan Pulau Redang.

@xsbxx_

rezeki adik kite arini jupe ikang paus timbul kt pulau ekor tebu, pulau redang redangisland

♬ Layu Dihujung Mekar - RIO

Kali pertama muncul tapi tak mustahil

Maizah berkata, kemunculan spesies tu adalah tidak mustahil memandangkan lokasi Pulau Redang berada tidak begitu jauh dengan kawasan perairan Western North Pacific yang menjadi salah habitat populasi Humpback Whale.

“Jadi adalah penting sebarang kemunculan Humpback Whale atau mana-mana spesies mamalia marin dapat dilaporkan kepada pihak berkaitan supaya data itu dapat dikumpulkan untuk memerhati jika terdapat perubahan pada pola migrasi spesies marin terancam ini.
“Kemunculan haiwan mamalia marin yang berkarisma seperti Humpback Whale ini memberi mesej bahawa tidak kira di mana kita berada, setiap ahli masyarakat perlu bersama-sama menjaga kelestarian lautan,”ujarnya.

image is not available

Dikesempatan itu, beliau menitipkan nasihat buat masyarakat untu berhati-hati ketika mengadakan aktiviti di perairan berhampiran.

Mereka perlulah memperlahankan bot dan tidak cuba untuk menghampiri haiwan ini atau mana-mana spesies marin terancam dengan terlalu rapat

Sumber: TikTok (akihiro_san28 & @xsbxx_), Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)