“Besar Kepala” & Pro-Ismail Sabri : Ini Sebab 10 Nama Besar Kena 'Pancung' Jadi Calon BN!

Politics
3 Nov 2022 • 8:34 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seperti yang diketahui umum, beberapa hari lepas -- satu kejutan melanda pada pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) apabila ada 10 pemimpin kanan UMNO termasuk penyandang yang bertaraf menteri telah digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

10 nama besar berkenaan adalah seperti berikut :

1) Menteri Komunikasi dan Multimedia (Ketereh) - Tan Sri Annuar Musa

2) Menteri Wilayah Persekutuan (Arau) - Datuk Seri Shahidan Kassim

3) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Tenggara) - Datuk Seri Dr Adham Baba

4) Menteri Perpaduan Negara (Kota Tinggi) - Datuk Halimah Mohamed Sadique

5) Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Tanjong Karang) - Tan Sri Noh Omar

6) Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Padang Besar) - Datuk Zahidi Zainul Abidin

7) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Maran) - Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib

8) Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Jasin) - Datuk Seri Ahmad Hamzah

9) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) (Kuala Kangsar) - Datuk Mastura Mohd Yazid

10) Penyandang kerusi Parlimen Parlimen Jempol - Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif

image is not available

SPEKULASI 'FAKTOR PENGGUGURAN' CALON

Menurut penganalisis politik -- keputusan BN mencantas beberapa nama besar daripada barisan kabinet dan penyandang kuat kawasan parlimen masing-masing itu adalah :

- Cubaan serta taktik Umno bagi melemahkan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Menyekat Datuk Seri Ismail Sabri daripada menjadi Perdana Menteri semula jika Umno-BN menang PRU.

- Sebagai amaran kepada kritikan terbuka terhadap kepimpinan BN dan Umno sebelum ini.

- Cubaan melenyapkan sebarang tanggapan mengenai kelemahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, 'drama' tentang perebutan kerusi sebagai calon ini hanya akan terjawab pada Sabtu, 5 November iaitu pada Hari Penamaan Calon rasmi untuk 222 kerusi Parlimen.

Sama-sama kita nantikan!

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved