Besi tajam tunggu mangsa

16 Oct 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Besi tajam tunggu mangsa

GUA MUSANG – Jalan simen yang pecah sehingga mendedahkan besi tetulang mengancam keselamatan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Penad, Pos Simpor, di sini, sejak tiga bulan lalu.

Keadaan jalan yang rosak teruk bukan sahaja berisiko menyebabkan tayar kenderaan pancit, malah boleh mengundang kemalangan kepada penunggang motosikal khususnya.

Seorang penduduk, Ayel Ajib, 59, berkata, keadaan jalan itu semakin membimbangkan apabila besi tetulang mula terkeluar daripada permukaan simen yang pecah.

Katanya, kerosakan itu menyukarkan pergerakan 31 keluarga membabitkan 100 penduduk yang bergantung kepada laluan itu untuk menjalankan urusan harian keluar dan ma­suk ke kampung serta ke tempat kerja di ladang.

“Kami berharap pihak berkuasa atau agensi berkaitan dapat membaiki jalan ini supaya penduduk dapat menggunakannya dengan selamat,” katanya.

Midah Angah, 50, berkata, kerosakan jalan simen itu sudah lama berlaku dan dijangka lebih membimbangkan apabila tiba musim hujan pada November dan Disember ini.

“Kalau hujan teruk, saya tidak dapat balik ke kampung dan terpaksa tidur di bandar Gua Musang.

“Saya syak kerosakan itu berpunca daripada lori membawa bahan binaan untuk projek pembinaan yang menggunakan jalan penduduk. Sepatutnya mereka melalui jalan tanah di laluan bawah,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, pembaikan jalan di sekitar Kampung Penad, Kampung Halak, Kampung Jader Lama dan Kampung Ceranok perlu diberi perhatian segera.

“Saya akan mengemukakan permohonan naik taraf jalan di kampung berkenaan kepaad pihak berwajib,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Besi tajam tunggu mangsa appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved