Bessent dakwa AS berjaya ‘pulaukan’ ekonomi Iran

WorldBusiness & Finance
27 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bessent dakwa AS berjaya ‘pulaukan’ ekonomi Iran

WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent berkata, beliau menghantar utusan ke seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada negara lain supaya mengasingkan Iran dari segi ekonomi, sambil memuji sekatan baharu yang menyasarkan syarikat penerbangan dan bank negara itu.

Bessent berkata, Turkiye dan Oman sudah menghentikan penerbangan masuk oleh syarikat penerbangan swasta Iran, Mahan Air, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan semua penerbangan syarikat penerbangan Iran.

“Atas arahan saya, beberapa pasukan dihantar ke seluruh dunia untuk berunding dengan negara-negara lain dan menuntut tindakan terhadap rejim Iran. Usaha ini membuahkan hasil,” katanya di laman X.

Dubai, hab komersial UAE, merupakan destinasi utama bagi syarikat penerbangan Iran, dengan beberapa penerbangan setiap hari, komuniti Iran yang besar serta hubungan perniagaan yang rapat.

Bessent turut mengetengahkan sekatan baharu terhadap sektor perbankan.

Pada Rabu, bank pusat UAE menyekat transaksi keluar masuk Iran oleh cawangan Bank Melli Iran, dengan menuduh bank itu melanggar undang-undang berkaitan pengubahan wang haram, keganasan dan percambahan senjata.

Minggu lalu, Turkiye membatalkan lesen Bank Mellat Iran, sebuah institusi kewangan separa swasta yang sudah dikenakan sekatan Barat selama bertahun-tahun.

Artikel Wall Street Journal yang dikongsikan Bessent menyatakan Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS bagi pembiayaan keganasan, Jonathan Burke melakukan lawatan ke seluruh Asia Barat dan Eropah selama dua minggu bagi menggerakkan rancangan untuk mengenakan apa yang disebut Bessent sebagai ‘D-Day ekonomi’ terhadap Teheran.

Wall Street Journal melaporkan Jabatan Perbendaharaan AS sudah mengadakan perbincangan dengan lebih 50 negara.

Bessent pada Isnin berkata, semua syarikat penerbangan Iran akan ditutup di seluruh dunia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan Iran yang lebih kecil masih mengendalikan laluan antarabangsa, khususnya ke China yang enggan tunduk kepada tekanan AS.-AFP

The post Bessent dakwa AS berjaya ‘pulaukan’ ekonomi Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved