Best cuti-cuti Malaysia, tawaran Last-Minute Weekend Deals memang berbaloi untuk destinasi domestik

TravelFood
1 Aug 2024 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MERANCANG itinerari cuti hujung minggu, tetapi masih buntu nak pilih lokasi? Jangan bimbang, Expedia menjanjikan deals terbaik untuk semua kaki jalan.

Platform pelancongan dalam talian global itu menawarkan Last-Minute Weekend Deals untuk destinasi domestik popular seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Kalau nak terbang jauh sikit, kalian boleh usha promosi Last-Minute Weekend Deals untuk Singapura, Jakarta dan Tokyo pada harga agak berbaloi.

Untuk destinasi lokal, misalnya tawaran terbuka untuk mereka yang mahu staycation di tengah bandar Kuala Lumpur.

image is not available

Bajet bermula RM160 jer kalau anda bertuah. Ia bergantung kepada promosi terhad yang ditawarkan kepada kalian. Konsepnya siapa cepat, dia dapat!

image is not available

Lagi satu, Expedia juga menawarkan penginapan berbaloi untuk kalian yang merancang bercuti di Kota Singa pada 2 hingga 4 Ogos nanti.

Antara destinasi hotel superb yang ditawarkan seperti The Fullerton Hotel Singapore, Parkroyal Collection, Conrad Centennial dan Shangri-La Singapore.

image is not available

Terbang bersama Malaysia Airlines

Sudah pilih destinasi, apa kata pertimbangkan untuk penerbangan Malaysia Airlines untuk ke lokasi yang diidamkan.

Syarikat penerbangan nasional itu menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk destinasi lokal bermula RM158 jer.

image is not available

Bagi kalian plan mahu ke Pulau Pinang, Langkawi, Labuan, Kota Kinabalu atau Kuching, deals terbaik diberikan bermula RM158 hingga RM650 untuk perjalanan sehala.

Semua perjalanan tersebut bermula dari Kuala Lumpur untuk seorang penumpang kelas ekonomi.

image is not available

Jangan lepaskan tawaran untuk laluan baharu terus ke Chiang Mai, Thailand dan Da Nang, Vietnam untuk perjalanan bermula 15 Ogos dan 24 September nanti.

Wow Melbourne Deals juga rugi kalau dilepaskan untuk kelas bisnes eksklusif dengan penjimatan potongan harga hingga RM1,000.

image is not available

Deals on sale bermula semalam untuk perjalanan bermula 31 Januari tahun depan lengkap perjalanan dengan pakej eksklusif penerbangan kelas perniagaan plus hotel.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat grab pakej menarik dan kena dengan bajet kalian untuk bercuti dengan riang.

Okey, selamat bercuti.

View Original Article