
Untuk menyemarakkan lagi semangat akhir Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri, BEST Inc. Malaysia telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan 30 orang anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Shah Alam, dengan harapan dapat berkongsi kegembiraan dan kasih sayang terhadap mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif BEST Inc. Malaysia, Gavin Lu dan pasukannya turut serta dalam acara ini. Sebelum acara bermula, ahli-ahli BEST Inc. Malaysia telah meluangkan masa dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik. Antaranya ialah bermain permainan tradisional seperti congkak, kad dan lain-lain. Selain permainan tradisional, anak-anak tersebut dapat melakukan seni kreatif seperti mewarna dan melukis.

Melalui aktiviti-aktivititi ini, ahli-ahli BEST Inc. Malaysia dan anak-anak Cahaya Kasih Bestari bukan sahaja dapat berhibur, tetapi juga dapat memperkuatkan hubungan antara satu sama lain. Semasa majlis, Gavin Lu menyatakan bahawa majlis berbuka puasa ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna buat kanak-kanak Cahaya Kasih Bestari, tetapi juga memberi kesan yang mendalam kepada semua yang terlibat. BEST Inc. Malaysia berkomitmen untuk terus menyokong dan melakukan amal jariah kepada masyarakat setempat, serta sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Puan Hayati, ketua daripada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada BEST Inc. Malaysia atas sokongan mereka. Beliau menghargai program yang telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Menurut beliau, program ini bukan sekadar aktiviti, tetapi ia telah menunjukkan tanggungjawab korporat dan misi sosial BEST Inc. Malaysia.

Setelah bermain dan berinteraksi dengan anak-anak Cahaya Kasih Bestari, ahli-ahli BEST Inc. Malaysia telah berbuka puasa bersama-sama dengan mereka juga. Program tersebut diakhiri dengan acara pemberian bantuan makanan, serta pemberian duit raya kepada setiap anak-anak. Dengan melaksanakan program ini, BEST Inc. Malaysia berharap usaha mereka sedikit sebanyak membawa senyuman dan kebahagiaan kepada anak-anak Cahaya Kasih Bestari.



