BEST Inc. Melancarkan Mesin DWS Bernilai Hampir RM10 juta di Malaysia

Technology
30 Jul 2024 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: BEST Inc. Melancarkan Mesin DWS Bernilai Hampir RM10 juta di Malaysia
Imej daripada BEST Inc. Malaysia

BEST Inc., pembekal utama rantaian bekalan pintar dan penyelesaian logistik di China dan Asia Tenggara, dengan bangganya mengumumkan pelancaran sebelas mesin ‘Dimensioning, Weighing, and Scanning (DWS)’ yang canggih di pusat agihan terbesarnya di Asia Tenggara, terletak di U10 Shah Alam, Malaysia (KULHUB). Jumlah pelaburan untuk mesin-mesin tersebut berjumlah hampir 10 juta Ringgit Malaysia.

Inisiatif strategik ini merupakan usaha penting bagi BEST Inc. untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan kepada pasaran e-dagang yang berkembang pesat di Malaysia.

Gavin Lu, Ketua Pegawai Eksekutif BEST Inc. Malaysia, menekankan kepentingan kemajuan teknologi ini dengan menyatakan, "Pengenalan mesin DWS di Malaysia merupakan satu pencapaian penting bagi BEST Inc. Malaysia. Tatkala kami melabur dalam teknologi terkini, mesin canggih ini juga akan mencekapkan operasi, mengurangkan kos, dan menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan-pelanggan kami. Malaysia adalah pasaran penting bagi kami, dan kami komited untuk menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan penyelesaian inovatif kami. Teknologi DWS ini mencerminkan dedikasi kami dalam mengoptimumkan logistik melalui automasi dan ketepatan."

Image from: BEST Inc. Melancarkan Mesin DWS Bernilai Hampir RM10 juta di Malaysia
Imej daripada BEST Inc. Malaysia

Sebelas mesin DWS dinamik ini bukan sahaja boleh membaca kod dari satu sisi, malah ia juga boleh mengimbas kod dari lima sisi berbeza. Lima sisi kamera ini membolehkan imbasan kod melalui lima sisi bungkusan secara serentak. Keupayaan pengimbasan yang komprehensif ini mengurangkan keperluan untuk mengagihkan bungkusan secara manual, serta meningkatkan kecekapan operasi. Automasi dan kecekapan pengagihan bungkusan ini akan meningkatkan operasi logistik dengan lebih ketara.

Barisan automasi yang baru dibina membolehkan setiap DWS mengendalikan 20,000 bungkusan setiap jam, menyumbang kepada kapasiti harian sebanyak 400,000 bungkusan untuk KULHUB.

Gavin Lu berkata, “Pelaksanaan mesin DWS menandakan era baru untuk logistik di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi ini dalam operasi kami, kami bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga menetapkan piawaian baru untuk industry logistik di Malaysia. Kemajuan ini membolehkan kami melayani pelanggan kami dengan lebih baik melalui pengagihan bungkusan yang lebih cepat dan tepat, yang akhirnya mendorong kepada kepuasan pelanggan dan kecemerlangan operasi. Usaha ini amat penting kerana pasaran e-dagang di Malaysia berkembang dengan pesat, dan ia memerlukan penyelesaian logistik yang lebih canggih dan berskala besar.”

Image from: BEST Inc. Melancarkan Mesin DWS Bernilai Hampir RM10 juta di Malaysia
Imej daripada BEST Inc. Malaysia

Pelancaran mesin DWS di Malaysia selaras dengan strategi BEST Inc. untuk mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara. Ini mengikuti pengembangan ke pasaran serantau, termasuk Vietnam, Thailand, dan Singapura.

"Langkah-langkah strategik ini didorong oleh komitmen syarikat terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan, bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan logistik yang boleh dipercayai dan cekap di seluruh serantau. Sistem DWS adalah bukti komitmen BEST Inc. untuk menyediakan penyelesaian logistik berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan operasi e-dagang dan rantaian bekalan moden," tambah Gavin.