“Bestkan Gelakkan Orang Yang Bela 6 Mangsa Pukul, Ugutan Bunuh Akhirnya Disenyapkan” – Caprice Sindir Tun Laila

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman Instagram aktivis bebas iaitu Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice tampil memuat naik satu hantaran yang telah menarik perhatian warganet.

Caprice ‘serang’ Tun Laila pula?

Hantaran yang dimuat naik, Caprice mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang cuba ‘menyekat’ suaranya daripada bersuara mengenai kes melibatkan seorang jurulatih fitness yang didakwa memukul serta mengugut enam orang mangsa.

Dalam pada masa yang sama, Cap turut meluahkan rasa kecewa susulan perjuangannya diperlekehkan serta dianggap kecil oleh seorang pempengaruh yang juga merupakan peguam, Tun Laila.

Lawak ke Caprice kena suruh diam dari mahkamah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyebelahi Caprice, bahkan mempersoalkan tindakan Tun Laila yang didakwa seakan-akan memperlekehkan usaha aktivis itu untuk membela mangsa-mangsa yang teraniaya.

Namun begitu, ada juga yang meminta untuk mendengar penjelasan Tun Laila mengenai kes tersebut kerana dia dikatakan mempertawakan hal lain dan bukannya mengenai Caprice.

image is not available 2025-08-09 13:16:22

Caprice Mengamuk Mangsa-Mangsa Dipukul Tarik Balik Laporan Polis - "Cap Boleh Kalah Saman Lebih RM4 Juta!"