Bestnya Dapat Bekalan Beras Percuma Selama Setahun! Ini Info & Caranya...

3 Aug 2022 • 1:34 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Wow, bestnya kalau dapat hadiah berupa bekalan beras selama setahun percuma daripada BERNAS! Jimat duit beli beras, kan? Hehehe...

Kalau korang nak berpeluang memenangi hadiah berkenaan, jangan lupa untuk berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro (MAHA) 2022 di di MAEPS, Serdang bermula esok (4 Ogos) hingga 14 Ogos ini.

image is not available

BAGAIMANA CARANYA?

Korang hanya perlu pergi ke Dewan A, pusat pameran Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan sertai pertandingan "Teka Berat Beras" yang dianjurkan bagi memenangi hadiah utamanya berupa bekalan beras secara percuma selama setahun!

image is not available

Bagi pemenang tempat kedua akan mendapat bekalan beras selama 6 bulan dan pemenang ketiga memenangi bekalan beras selama 3 bulan.

Selain itu, Bernas turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain seperti 'Chop ‘til you drop!, No Pain No Grain, Rice Click dan Sup-rice!'

image is not available

Bernas juga akan menganjurkan Pertandingan Badang BERNAS pada 13 Ogos ini di Pentas Utama Dewan A, MAEPS.

Pertandingan yang akan bermula jam 2.00 petang itu akan menguji kekuatan fizikal peserta untuk mengangkat kampit beras yang disediakan.

image is not available

Di Laman Padi pula, pengunjung akan dijamu dengan Bubur Lambuk Istimewa Bernas, selain dapat melihat sendiri demonstrasi pemprosesan padi di Kilang Mini Padi Bernas.

Dalam pada itu, Bernas juga akan bersama pihak penganjur di dalam Karnival Kerjaya MAHA 2022.

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka boleh menyerahkan permohonan lengkap dengan butiran peribadi kepada wakil Bernas pada 4 hingga 6 Ogos nanti.

image is not available

Sumber: Malaysia Gazette