Bestnya Raya Stail Saya: Jom Kita Sambut Raya Tahun Ini di IPC!

8 Apr 2024 • 2:30 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Bestnya Raya Stail Saya: Jom Kita Sambut Raya Tahun Ini di IPC!
Imej dari IPC

Bayangkan tempat di mana semangat Raya membarak dan setiap sudut dipenuhi dengan tradisi budaya tempatan. Dengan aroma juadah Raya yang menggoda dan aktiviti-aktiviti perayaan yang menarik, Pusat Beli-belah IPC mengajak anda untuk menyambut Raya dengan penuh stail tahun ini!

Rumah Kedua Anda di Musim Raya

Sempena Hari Raya, Pusat Beli-belah IPC menggunakan hiasan bertemakan batik dan berinspirasikan alam semulajadi untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan selari dengan prinsip kemampanan mereka.

Yang paling spesial adalah Taman Rahsia Bercahaya (Glowing Secret Garden), di mana anda boleh menonjolkan stail anda dan menangkap gambar selfie yang menawan. Kongsi gambar anda di media sosial dengan hashtag #BestnyaRayaStailSaya dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM1,000, termasuk barangan eksklusif IPC dan Tack Points!

Image from: Bestnya Raya Stail Saya: Jom Kita Sambut Raya Tahun Ini di IPC!
Imej dari IPC

Aktiviti Perayaan Yang Menarik

Selain itu, Pusat Beli-belah IPC menawarkan pelbagai aktiviti perayaan dan inisiatif eksklusif untuk menjadikan sambutan Raya anda lebih menarik:

  • Taman Rahsia Bercahaya & Bazar: Taman Rahsia Bercahaya berada di Concourse, Level G, dihiasi dengan lampu dan hiasan yang menawan serta penuh semangat perayaan. Bazar itu pula meriah dengan artis tempatan yang mempamerkan kraf Raya mereka masing-masing.
  • Sambutan Seisi Keluarga: Dari persembahan tradisional ke bengkel yang menarik di mana anda boleh membebaskan kreativiti anda, pasti ada aktiviti untuk dinikmati seisi keluarga pada hujung minggu. Kanak-kanak mesti akan menyukai penampilan maskot dan gula-gula percuma, manakala orang dewasa boleh relaks dalam suasana perayaan.
  • Tawaran Eksklusif: Nikmati jam pertama parkir percuma pada hari bekerja dari 12 Mac hingga 9 April 2024 (tidak termasuk cuti umum). Belanja RM1,000 (RM800 untuk ahli Tack Club) dalam tiga resit untuk mendapatkan pengatur meja serbaguna oleh Natural Signature. Dengan pembelanjaan RM200 dalam dua resit, tebus Set Sampul Raya Stail. Eksklusif untuk ahli Tack Club, dapatkan dua e-baucar RM5 Bestnya Raya dengan perbelanjaan RM200 dalam dua resit.
  • Pengumpulan Minyak Masak Terpakai: IPC RBBC bekerjasama dengan Arus Oil untuk menubuhkan stesen pengumpulan minyak masak terpakai di aras tempat letak kereta P1 pada 14 April, dari 11 pagi hingga 5 petang. Dapatkan pulangan tunai sebanyak RM2.50 setiap kg sambil melupuskan minyak masak anda secara bertanggungjawab, mempromosikan persekitaran yang lebih bersih.
  • Program Rakan Hijau: Sertai Program Rakan Hijau dan sumbang kepada usaha kemampanan. Bawa masuk tekstil, kusyen, atau bantal yang tidak diinginkan untuk menebus baucar tunai RM10 dari Niki Cains Home.

Image from: Bestnya Raya Stail Saya: Jom Kita Sambut Raya Tahun Ini di IPC!
Imej dari IPC

Mari Raikan Raya Bersama!

Raya ini, serlahkan stail unik anda di Pusat Beli-belah IPC. Sama ada meneroka hiasan yang mempesonakan, menikmati hidangan perayaan di Bazar Raya, atau mencipta kenangan di Taman Rahsia Bercahaya, mesti ada sesuatu untuk dinikmati semua orang.

Layari ipc.com.my/BestnyaRaya untuk maklumat lanjut. Jom jemput keluarga tersayang dan jadikan Raya ini kenangan terindah di Pusat Beli-belah IPC!