Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]

Local
21 May 2026 • 1:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang benarlah kata orang, ungkapan ‘maaf’ ini mempunyai kuasa yang tersendiri dan boleh meredakan segelintir situasi.

Kuasa perkataan mohon maaf ubah situasi tegang jadi harmoni

Terbaharu tular satu video di media sosial memaparkan dua orang lelaki yang membuktikan situasi tegang boleh menjadi harmoni sebaik salah seorang memohon maaf atas insiden berlaku.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aceymaq di TikTok, awalnya kelihatan pemandu kereta Honda CRV dan juga pemandu Proton Waja yang berada di tepi jalan seperti mahu bertengkar.

Kedengaran suara mula tinggi seperti mahu bertengkar

Bahkan turut kedengaran pemandu Waja ketika insiden berlaku cuba menjelaskan perkara yang berlaku kepada pemandu CRV.

Mungkin masih berang dengan insiden yang berlaku, kedengaran pemandu CRV meninggikan suaranya sambil menyoal tindakan pemandu Waja yang dipercayai memberhentikan kereta sehingga menimbulkan rasa kurang senangnya.

“Kenapa awak berhenti? Kenapa awak berhenti?” soalnya kepada pemandu Waja tersebut.

Lepas pemandu Waja mohon maaf, pemandur CRV terus berlembut dan kes selesai

Dipercayai enggan pertengkaran itu berpanjangan antara satu sama lain, pemandu Waja itu kemudiannya memohon maaf kepada pemandu CRV berkenaan.

“Okay minta maaf bang,” katanya dengan lembut.

Sebaik mendengar ucapan maaf, pemandu CRV terus berlembut hati dan bersalaman dengan pemandu Waja. Mereka kemudian dilihat sudah berbaik serta ‘bertepuk-tampar’ seolah-olah telah melupakan kejadian yang berlaku.

“Haaa okay, minta maaf okay. Cakap macam tu cantik,” kata pemandu CRV berkenaan.

Menurut Aceymaq insiden itu berlaku di jalan susur keluar ke Lebuhraya arah ke Karak dan Bentong.

Awalnya dengar bunyi hon panjang

“Insiden ini berlaku apabila kereta saya di bahagian paling belakang dan kereta CRV tersebut di depan saya. Saya tak pasti apa yang berlaku (keadaan) di paling hadapan sebab saya dengar bunyi hon panjang.

“Tiba-tiba Honda CRV tersebut memotong dengan laju dan halang kereta Waja tu. Dua-dua (individu) turun maka berlaku sedikit pertengkaran.

“Saya sendiri tak sangka pemilik Waja tu akan cakap minta maaf dan pakcik yang marah tu pun terus bertenang jadi selesai (masalah) macam tu je,” katanya kepada BuzzKini.

@aceymaq

mintak maaf selesai tapi apa pun gaduh dulu

♬ original sound – aceymaq – aceymaq

Ramai puji tindakan dua pemandu saling bermaaf-maafan

Melihat di ruangan komen, video tersebut nyata menarik perhatian ramai dan mengujakan kerana permohonan maaf sahaja boleh mengubah situasi tegang kepada harmoni.

Ada juga menyifatkan mereka menghormati kedua-dua pemandu itu kerana memberikan contoh baik kepada generasi muda.

Tidak kurang ada yang mengatakan kedua-dua mereka mempunyai sifat terpuji apabila saling memaafkan mengenai perselisihan yang berlaku.

“Ni baru betul. Maaf tu simple je , tapi nampak tak kesan dia”

Image from: Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]

“Respect dekat kedua-duanya. Contoh untuk generasi muda. Kita semua Malaysia”

Image from: Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]

“Perkataan maaf amat besar kesannya kepada apa-apa situasi. percayalah”

Image from: Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]

“Kepada uncle, awak tetap hebat. Mohon maaf bukan jatuh ego. Lagi membuatkan kita hebat..”

Image from: Betapa ‘Power’ Ungkapan Maaf! 2 Pemandu Bertengkar Terus Berbaik [Video]
View Original Article