Beto Kusyairy Cedera, Terlibat Dalam Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Motosikal

14 Nov 2023 • 9:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beto Kusyairy Cedera, Terlibat Dalam Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Motosikal

Pelakon, Beto Kusyairy dilaporkan tercedera selepas terlibat dalam kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.

Memetik Sinar Harian, kejadian dilaporkan berlaku pada semalam ketika konvoi sedang dalam perjalanan ke Masjid Negeri Ipoh, Perak.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku berhampiran Ladang Bikam, Sungkai dan melibatkan seorang lagi peserta konvoi motosikal tersebut.

Kejadian itu telah disahkan oleh lagenda rock tanah air, Datuk Awie yang mengetuai konvoi tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Awie enggan mengulas lanjut berkenaan isu kemalangan yang membabitkan Beto serta seorang lagi peserta konvoi tersebut.

“Insiden kemalangan itu tak berapa serius. Ada dua orang terlibat,” katanya ringkas kepada pemberita berhubung insiden tersebut.

Datuk Awie berkata demikian ketika ditemui selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II.

Semalam, lebih 300 peserta konvoi sempena program itu telah tiba di Masjid Negeri Perak sekitar jam 7.30 malam.

Walaupun hujan turun disepanjang perjalanan, konvoi yang melibatkan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi itu masih tetap diteruskan.

Ketibaan konvoi telah disambut oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi.

Hadir sama adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin dan Imam Utama Masjid Negeri Perak, Ridzuan Zaidin.

Sumber: Sinar Harian