“Better Selamatkan Diri..” – Aliff Aziz Curang Lebih 11 Kali, Netizen Saran Bella Astillah Buat ‘Medical Check-Up’

Entertainment
23 Apr 2024 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan suaminya iaitu penyanyi Aliff Aziz sudah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali, berlainan wanita.

Semalam, wanita ke-12 yang bernama Sarah Yasmine tampil membongkarkan rahsia bahawa dirinya sudah menjalinkan hubungan bersama Aliff sejak Januari 2024.

Netizen bimbang dengan Bella Astillah

Susulan itu, warganet yang turut mengambil berat tentang Bella menyarankan agar dia melakukan pemeriksaan kesihatan atas kerana Aliff sudah kantoi curang dengan beberapa wanita.

Ciapan yang dibuat oleh individu tersebut turut dipersetujui oleh ramai netizen.

image is not available

Sebelum ini, wanita yang bernama Sarah Yasmine membuat pendedahan susulan tidak sanggup melihat Aliff Aziz terus-menerus dikecam netizen, sedangkan dalang disebalik rumah tangga penyanyi itu berbolak-balik disebabkan pelakon, Ruhainies.

image is not available 2 days ago

"NRF Dalang Membolak Balik Rumahtangganya" - Kecewa Ditipu, Individu Akui Wanita Simpanan Aliff Aziz Sejak Januari 2024