Betul Apa Yang Tersebar Sebelum Ini! PlayStation 5 Dengan Saiz Lebih Kecil Diperkenal Sony

Digital
12 Oct 2023 • 8:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sony secara tiba-tiba mengumumkan pengeluaran model terbaru PlayStation 5 yang dikatakan lebih kecil dan ringan tetapi masih berkuasa sama seperti model sebelum ini. Model PS5 baharu ini akan mula dipasarkan pada penghujung 2023.

image is not available

Melihat dari rekaannya, nampak seakan sama dengan rekaan asal tetapi Sony memaklumkan berat konsol ini kurang 30%. Ketinggian konsol ini juga sedikit pendek dan lebih nipis.

image is not available

Menariknya, komponen CD iaitu Ultra HD Blu-ray yang terletak pada konsol boleh ditanggal dan dicantumkan mengikut kepada keperluan pengguna. Jika korang pada awalnya membeli PS5 Digital Edition, korang boleh jer beli komponen CD Ultra HD Blu-ray ni dan cantumkan pada konsol.

image is not available

Kredit: Sony

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.