“Betul Halal Tapi Tak Yah Tunjuk Kat Orang” – ‘Upload’ Gambar ‘Sweet’ Dengan Suami, Netizen ‘Meluat’ Dengan Diana Danielle

27 Nov 2022 • 4:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini pelakon Diana Danielle membuat entri terbaharu di laman Instagram miliknya memperlihatkan dia duduk di atas pangkuan suami, Farid Kamil.

Foto tersebut turut menunjukkan ‘moment’ manis di mana Diana dicium oleh Farid pada bahagian pipi yang membuatkan ramai memuji sikap romantik aktor tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi komen Facebook sebuah portal hiburan, segelintir netizen masih mencari peluang untuk mengkritik perbuatan pasangan selebriti itu yang dianggap menunjuk-nunjuk.

Malahan, ada juga warga maya yang mengambil kesempatan menegur Diana supaya menutup aurat sebelum terlambat.

“Isteri tak menutup aurat…Tak reti nak nasihat ke?,” ujar seorang warganet.

“Zaman sekarang bahagia semua nak kena tunjuk..Nasib waktu ‘bersama’ tak tunjuk,” kata seorang lagi wargamaya.

image is not availableimage is not available

Untuk info, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

image is not available 3 minggu lalu

'Upload' Gambar 'Shooting', Ramai Netizen Tak Sabar Tonton Farid Kamil & Acha Septriasa Berganding Dalam Filem Biopik