
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Antara masalah utama rakyat Malaysia dalam menurunkan berat badan adalah disebabkan makanan minuman yang begitu lazat dan mengiurkan. Dapat pula geng rakan-rakan yang suka menghasut, memang ‘ke laut’ la jawabnya diet tu.
Dalam masa sama, ramai juga masih tidak dapat membezakan makanan yang sihat dan kurang berkhasiat. Meskipun kebanyakan manisan sememangnya tidak begitu bagus, namun ada juga sesetengah juadah lain yang dikategorikan sihat bergantung kepada jumlah pengambilannya.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Top 5 Lokasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
Santan & Gula Nise Dalam Cendol Adalah Berkhasiat
Seperti baru-baru ini, seorang pengamal diet dikenali sebagai Fuad Halim berkongsi khasiat manisan yang digemari rata-rata rakyat Malaysia iaitu cendol. Jelasnya, cendol merupakan salah satu contoh minuman sihat yang ramai tidak tahu.
Menurut lelaki itu, cendol berwarna hijau diperbuat daripada tepung beras manakala cecair yang digunakan adalah santan yang kaya dengan lemak sihat dan bahan anti keradangan. Santan tersebut juga mampu membekalkan tenaga serta membuatkan seseorang itu kenyang dalam tempoh masa yang lama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dr Malar Perjelas Kolestrol Dalam Santan Kelapa Hanya Mitos Semata
Bukan itu sahaja, gula Melaka atau nama lainnya gula nise juga merupakan bahan utama dalam pembuatan cendol. Fuad berkata bahawa gula asli itu mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan.
Menerusi semakan kami, Pakar Perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata gula nise ini kaya dengan vitamin dan mineral kerana ia tidak menjalani proses penghasilan yang banyak dan bukan produk berproses (unrefined sugar).
@fuad.makan Adakah cendol makanan sihat
♬ original sound – Fuad Halim
Tonton video penuh [DI SINI].
Jangan Makan Cendol Dengan Kerap
Fuad dalam satu hantaran lain di Instagram sebelum ini bagaimanapun menasihati orang ramai untuk mengambil cendol dalam kuantiti sederhana dan tidak berlebihan.
“Janganlah hari-hari makan cendol. Makanlah secara berselang hari, selang 2-3 hari sekali atau 3-4 hari sekali, kalau anda peminat cendol,” katanya.
Anda juga perlu memastikan sama ada gula yang digunakan dalam cendol adalah gula nise atau gula perang dan merah. Menurut lelaki itu, gula merah dan perang adalah gula yang tidak berkhasiat kerana sudah diproses.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Gula Atau Garam, Mana Lebih Bahaya? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Gula Je Anggap Bahaya” – Terlalu Obses Dengan Makanan ‘Sihat’ Mungkin Sebab Orthorexia Nervosa
Doktor Nasihat Amalkan Konsep Berpada-pada Jika Nak Minum Cendol
Perkara sama turut dikongsi oleh seorang doktor perubatan, Dr Norman Mohd Norawi menerusi hantaran di akaun TikToknya sebelum ini.
Jelas beliau, mengambil kuantiti gula Melaka yang sedikit dan ditambah dengan stevia (pemanis semula jadi) di dalam cendol adalah minuman yang sihat, namun pengambilannya perlulah berpada-pada.
“Tapi tak bolehlah selalu dan terlalu banyak. Sekadar untuk melepaskan gian sesekali nak minum cendol tak ada isu. Nak letak durian ke satu sudu? Tak ada hal. Jadi kenalah pandai berpada-pada. Apa-apa pun inilah salah satu contoh minuman sihat kerana pengambilan santan,” ulas Dr Norman.
@drnormannorawi AIR & KESIHATAN (PART 27) Minum Cendol tu Sihat?? #drnorman #sifuhidupsihat #kesihatandenganilmu #AirSihatUntukHidupSihat #cendol #santansihat
♬ original sound – Dr Norman Norawi – DR NORMAN NORAWI
Tonton video penuh [DI SINI].
KKM Kongsi Kalori Bagi Setiap Jenis Cendol
Pusat Maklumat Pemakanan (PMP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terengganu turut berkongsi maklumat yang sama mengenai pengambilan cendol ini.
Anda dinasihatkan untuk tidak menambah topping-topping manis yang boleh meningkatkan kalori cendol berkenaan. Menerusi infografik KKM, berikut adalah jumlah kalori bagi setiap jenis cendol kegemaran rakyat Malaysia:
- Cendol biasa: 213kcal
- Cendol jagung: 268kcal
- Cendol pulut: 356kcal
- Cendol durian: 409kcal
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Jual Cendol Pulut Semangkuk RM1 Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jepun Anggap Cendol Sebagai ‘Ramen Malaysia’ Siap Buat Sup Undang Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Suka Sate & Cendol, Makanan Malaysia Jadi Pilihan Penduduk Di Nanjing, China [Video]

