
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pernah tak korang mengalami rasa sakit pedih ulu hati yang kadangkala nak baring pun rasa serba tidak kena?
Ramai yang menyangkakan ia adalah petanda diri diserang gastrik dan mengambil mudah tentang rasa sakit itu.
Hakikatnya, korang mungkin mengalami penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) iaitu penyakit gangguan pencernaan kronik yang sering dijumpai pada kebanyakan individu.
Kebiasaannya, ia berlaku apabila asam lambung dari perut mengalir kembali (refluks) ke dalam esofagus (saluran makanan atau kerongkong).
Sejak belakangan ini, ramai yang mengalami penyakit GERD hingga ada yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku.
Gaya Hidup Sebenarnya Boleh Jadi Punca Individu Dapat Sakit GERD
Menerusi perkongsian video oleh doktor perubatan yang juga pempengaruh, Dr Malar Santhi, dia ada mendapatkan penjelasan pakar tentang penyakit GERD yang kini dialami oleh ramai individu.
Menurut Pakar Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr Prabhjot Singh Sindhu, gaya hidup sememangnya menjadi antara penyumbang kepada penyakit GERD.
Jelasnya, corak pemakanan dan tabiat merokok boleh menjadi punca kepada penyakit ini.
“Lifestyle memang contribute. Dia memang akan kacau. Apa yang kita makan zaman sekarang dibandingkan 20 tahun lalu walaupun sama, ia akan menyebabkan GERD.
“Benda lain pun boleh sebabkan GERD. Banyak merokok, makan salah. Jenis makanan kita yang pedih-pedih, masam, berminyak, semua boleh buat GERD,” katanya.

Rawat GERD Dengan Cari Punca
Terang Dr Prabhjot, GERD adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila cecair atau angin dalam perut naik ke bahagian atas.
“Korang rasa dia macam pedih ulu hati. Nama dia refluks, asam lambung, tapi benda dia sama, naik dari sini (perut) ke atas,” jelasnya.
Jelasnya lagi, GERD boleh dirawat dengan mencari punca kepada penyakit tersebut.
“Kalau masalah valve (esofagus), rawat valve. Kalau dari perut, rawat perut. Semua boleh sembuh sepenuhnya. You tak perlu hidup dengan GERD,” katanya lagi.
Doktor Jelaskan Kaitan Anxiety Dengan Masalah GERD
Malah, Dr Prabhjot turut menjawab persoalan adakah anxiety mempunyai kaitan dengan penyakit GERD.
Terangnya, 1:3 individu yang mengalami anxiety mempunyai penyakit GERD manakala 1:3 individu yang mengalami penyakit GERD mempunyai anxiety.
Oleh yang demikian, seseorang itu perlu mencari punca sebenar bagi merawat masalah tersebut.
“Apa permulaan dia (kita) tak tahu. Tapi kalau punca dia GERD, rawat GERD kemungkinan tinggi, anxiety hilang.
“Kalau ada anxiety, asid banyak dalam perut hingga sebabkan angin dan sendawa banyak, GERD terjadi,” katanya lagi.
Simptom Penyakit GERD
Terang Dr Prabhjot, simptom yang paling biasa dirasai oleh mereka yang mempunyai penyakit GERD adalah pedih ulu hati atau makanan tersekat di saluran pemakanan.
Malah, beliau turut menjelaskan simptom lain yang mungkin tidak dianggap sebagai simptom GERD.
Simptom tersebut adalah:
- Sakit telinga
- Migrain
- Sinus
- Rasa masam dalam mulut
“Kenapa? Sebab bila cecair dia naik sampai sini (atas), kepala sakit semua. Kebiasaannya orang pergi jumpa Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
“Doktor ENT akan tahu yang ini bukan punca ENT, so you jumpa gastro (Pakar Gastroenterologi), gastro akan cari punca dia dan GERD ini akan hilang sepenuhnya,” katanya lagi.

Individu Yang Merokok & Makan Makanan Berminyak Lebih Mudah Dapat Penyakit GERD
Terang Dr Prabhjot, sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit GERD yang disebabkan oleh pelbagai punca.
Namun jelas beliau, individu yang merokok atau suka makan makanan berminyak lebih mudah untuk mendapat penyakit ini.
“Dua benda yang boleh melonggarkan valve, satu merokok dan makan benda yang berminyak.
“Valve dia akan rileks, GERD akan datang. Jadi, perokok atau orang yang merokok lebih (mudah) dapat GERD,” ujarnya lagi.
Rawatan Buat Pesakit GERD
Jelasnya lagi, ketika bulan Ramadan, kebiasannya gastrik akan kurang manakala penyakit GERD akan menjadi lebih teruk.
Seseorang itu perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
“GERD tu kita kena cari punca dia. Kalau punca datang dari perut, maksud dia gastrik disebabkan angin dah banyak naik, rawat perut.
“Kalau GERD sahaja, tiada gastrik, rawat valve. Tetapi untuk orang dekat rumah, jangan fikir nak apa, terus pergi jumpa doktor,” katanya.
Umur 40 Tahun Ke Atas Kena Segera Dapatkan Rawatan
Jelasnya lagi, individu berumur 40 tahun ke atas yang menghidap penyakit GERD perlu segera mendapatkan rawatan dari doktor bagi mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih serius.
“Untuk siapa-siapa yang ada masalah GERD atau gastrik, kalau umur dia 40 tahun ke bawah, boleh cuba ubat dalam seminggu.
“Kalau tak baik, kena datang jumpa doktor mungkin perlu endoskopi.
“Umur 40 tahun dan lebih, jangan main-main. Kalau ada benda lagi serius, lagi lama awak biarkan, lagi susah untuk dirawat,” katanya lagi.
Kenapa Ramai Orang Kena GERD?Kenapa kebelakangan ni makin ramai orang kena GERD? 😱 Adakah ini satu lifestyle disease? Ataupun ada punca lain? 🤔 Kepada yang lama dah confused dan tak faham tentang GERD, uoll kena dengar penjelasan penuh daripada Dr. Prabhjot 🧑⚕, Pakar Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalaman. Jangan lupa like dan share ye! ☺✨ Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 24 Hours Careline: +603 5639 1888 WhatsApp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60192191616 #celotehdrmalar #fyp #viral #aradamansaramedicalcentre #gerd
Posted by Celoteh Dr Malar on Tuesday 23 September 2025
Perbezaan Gastrik & GERD
Pasti ramai yang masih keliru diantara gejala gastrik dan GERD. Menurut Public Health Malaysia dalam satu perkongsian di Facebook, kedua-dua ini mempunyai perbezaan simptom yang tersendiri.
Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:
#1 Gastrik (pedih di bahagian perut)
- Sakit perut bila perut kosong
- Rasa perit/pedih di bahagian atas perut
- Mual atau muntah
- Kembung perut
- Hilang selera makan
- Kadang disertai rasa pening atau lemah
#2 GERD (pedih naik ke dada hingga bahagian tekak)
- Rasa pedih seperti terbakar dari perut ke dada (heartburn)
- Rasa masam atau pahit di tekak / mulut
- Sendawa berlebihan
- Rasa makanan naik semula ke kerongkong
- Batuk kronik, sakit tekak, suara serak (terutama pagi)
- Gejala bertambah teruk bila baring selepas makan
Ramai keliru antara GASTRIK dan GERD walaupun sama-sama melibatkan perut, tapi sebenarnya sangat berbeza! Berikut…
Posted by Public Health Malaysia on Friday 30 May 2025
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Ubat Yang Boleh ‘Burukkan’ Keadaan Pesakit Gastrik & Gerd Jika Ambil Tanpa Dikawal
Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Ubat Yang Diambil Sebelum & Selepas Makan? Ini Yang Patut Korang Tahu
Source:

