![Image from: Betul Ke Tak Boleh Pakai Window Blinds & Tirai Dalam Kereta? [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/kesalahan-pakai-window-shades-dan-tirai-dalam-kereta-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pemandu kereta mempunyai cita rasa sendiri bila berbicara tentang topik aksesori kenderaan. Umumnya, ramai yang akan memasang tinted kereta kerana mahu mengurangkan haba atau mengelakkan silau ketika memandu.
Pun begitu, ramai juga yang lebih selesa menggunakan window blinds (penghadang cahaya matahari) jenis magnet ataupun tirai kerana lebih mudah dipasang dan dibuka selain harganya yang lebih murah.
Malah ada yang mempromosikan barangan tersebut sehingga ada yang tertanya-tanya adakah penggunaannya dibenarkan?
Boleh Dikompaun Hingga RM300 Jika Guna Sunshades Atau Tirai Dalam Kereta
Hakikatnya, mungkin ramai tidak tahu bahawa memasang kedua-dua jenis pelindung matahari ini termasuklah pelekat hiasan pada cermin kereta sebenarnya merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya dan boleh dikenakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Kadar kompaun pula bergantung kepada tempoh bayaran dibuat. Pemandu boleh dikenakan kompaun sebanyak:
- RM150 jika dibayar dalam tempoh 15 hari
- RM200 bagi bayaran antara 16 hingga 30 hari
- RM300 jika dibayar antara 31 hingga 60 hari
Jadi lebih cepat anda membayar, lebih murah kompaun dikenakan.
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Gelap: JPJ Beri Tempoh 3 Bulan Untuk Selesaikan Kompaun
Penggunaan Shades Atau Tirai Dibenarkan Ketika Sedang Parkir & Kereta Tak Bergerak
Menurut MyCheck di laman Instagram, larangan tersebut dikuatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengelakkan aktiviti jenayah selain memastikan penglihatan pemandu tidak terhalang ketika memandu.
Pun begitu, memetik The Rakyat Post, penggunaan shades ini adalah dibenarkan sekiranya kereta tidak bergerak dan sedang diparkir. Jadi, alihkannya sebelum anda memandu.
![Image from: Betul Ke Tak Boleh Pakai Window Blinds & Tirai Dalam Kereta? [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/SUNSHADES-DALAM-KERETA-.jpg)
Larangan Pakai Window Shades & Tirai Terkecuali Buat Bas Serta Karavan
Bagaimanapun, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam menjelaskan larangan itu tidak terpakai kepada kenderaan seperti bas dan karavan (sama ada persendirian atau perdagangan).
Kedua-dua kenderaan itu dibenarkan menggunakan tirai dengan syarat ia dipasang hanya pada cermin bahagian tempat duduk penumpang belakang.
![Image from: Betul Ke Tak Boleh Pakai Window Blinds & Tirai Dalam Kereta? [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/SUNSHADES-DALAM-KERETA-2.jpg)
Peratusan VLT Cermin Kenderaan Yang Dapat Kelulusan JPJ
Jadi, cara yang paling selamat untuk mengurangkan panas ketika memandu adalah dengan menggunakan film tinted yang mengikut spesifikasi JPJ.
Berikut adalah Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan JPJ:
- Cermin hadapan kenderaan 70%
- Cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50%
![Image from: Betul Ke Tak Boleh Pakai Window Blinds & Tirai Dalam Kereta? [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/SUNSHADES-DALAM-KERETA-1.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Edisi Mudah Faham Untuk Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 Yang Ramai Masih Keliru
Wanita Promosi Tirai Kereta Di TikTok Shop
Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seorang wanita sedang mempromosi tirai kereta menerusi platform TikTok Shop.
Menurutnya, langsir jenis magnetik itu dikatakan memudahkan individu yang mahu membuat konten tanpa berasa segan orang lain memandang ke dalam kereta.
Selain itu menurut wanita berkenaan, ia juga membantu mengelakkan anak kepanasan di dalam kenderaan.
Bagaimanapun, perkongsian itu mencetuskan persoalan ramai sama ada pemasangan langsir dalam kereta sebenarnya dibenarkan ataupun tidak.
@zulaika_adzmi Sebelum ni sangkut kain dkt tingkap, mengepak2 kain tu kena tiup dek angin #langsirtingkapkereta
♬ original sound – Sizulaika – Sizulaika
Tonton video penuh [DI SINI].


