Betul ke TikTok aniaya penjual? Apa Dah Jadi? #4

29 Oct 2022 • 11:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Isu panas teknologi yang dikongsikan dalam episod ini ialah, pelajar jual Tablet PerantiSiswa dan pada peranti itu terdapat ciri penjejak, Volkswagen nak kembalikan butang fizikal selepas menyesal guna butang sentuh dalam kereta dan penjual TikTok terkejut ada banyak hutang di platform itu.

1. Tablet PerantiSiswa ditemui di jual di Carousell dan Facebook Marketplace

Didapati ada tablet yang dipercayai tablet PerantiSiswa timbul di laman-laman jualan dalam talian seperti Carousell dan Facebook Marketplace. Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa kecewa mengenai perkara ini dan mendedahkan tablet ini sebenarnya hadir dengan APP yang sedia ada terpasang untuk tujuan penjejakan.

Baca lagi di sini:

image is not available

2. Volkswagen menyesal dan mahu kembali gunakan butang sebenar

Volkswagen seperti baru menyedari butang sentuh di dalam kenderaannya sangat teruk dan susah digunakan. CEO-nya, Thomas Schäfer ada menyatakan bahawa mereka akan kembali gunakan butang fizikal dan mekanikal di stering kereta, atas permintaan ramai.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. Penjual TikTok terkejut ada banyak hutang, betulkah mereka tuntut kos penghantaran percuma?

Ramai penjual di Tiktok Shop merungut Tiktok ambik duit mereka, sebab mahu tuntut semula kos penghantaran percuma yang pelanggan guna. Berdasarkan perkongsian penjual, Tiktok Shop ada menjelaskan bahawa wangnya ditolak disebabkan bungkusan terlebih berat. 

Baca lagi di sini:

View Original Article