Finland sebagai negara paling terpelajar di dunia kerana sistem pendidikannya yang memang diakui merupakan salah satu yang terbaik di dunia. Timothy D Walker ada menyatakan dari hasil penyelidikan yang dilakukan sejak beliau berpindah ke Finland. Terdapat banyak perbezaan yang kontra dalam pola pendidikan di antara dua buah negara tersebut iaitu Amerika (sekolah tempat beliau mengajar sebelum berpindah ke Finland) dan Finland.
Guru-guru di Amerika sibuk dengan persiapan bahan mengajar untuk awal tahun bahkan dinding kelas mereka juga dipenuhi dengan bahan pembelajaran. Manakala guru-guru di Finland pula menikmati masa bermain bersama murid-murid dan dinding kelas mereka dipenuhi dengan karya mereka.
Finland mempunyai strategi tertentu dalam memberi pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik dengan mengambil kira segala aspek emosi, fizikal dan mental para pelajar dan tenaga pengajar. Kebahagiaan dalam belajar adalah kunci meraih kejayaan dalam menjalani proses menuju kejayaan. Proses itu adalah dengan belajar.
Terdapat pelbagai cara dalam sistem pembelajaran yang seronok untuk diikuti. Ada 33 strategi yang dibahagikan kepada 5 bab iaitu kesejahteraan, rasa dimiliki, kemandirian, kemanusiaan dan pola fikir membuka dimensi baru dalam dunia pendidikan. Tidak hanya itu, Ia juga memfokuskan pembelajaran murid-murid yang berusia 7 tahun dengan kaedah bermain, berimaginasi dan self-discovering. Guru-guru di sini lebih menekankan kolaborasi daripada "pertandingan". Setiap murid diwajibkan belajar bahasa Inggeris dan baca satu buku setiap minggu.
Di Finland, guru bekerjasama dengan murid untuk mencapai objektif pembelajaran dan tidak memfokuskan untuk pencapaian dalam peperiksaan semata-mata. Murid tidak diberi tekanan sebaliknya diberi kebebasan untuk bersuara sama ada kaedah pembelajaran tersebut menyenangkan atau tidak seperti mana yang ditulis dalam bab kesejahteraan. Salah satu isi penting dalam bab kesejahteraan adalah "Jadual Istirehat Otak". Murid-murid di Finland sudah terbiasa mempunyai waktu rehat 15 minit setiap 45 minit tempoh waktu belajar. Selama waktu berehat inilah mereka akan keluar dari kelas untuk bermain atau bersosial bersama rakan-rakan yang lain. Setelah berehat , murid akan lebih fokus di dalam kelas. Murid-murid yang kurang fokus kebiasaannya waktu pembelajaran mereka lebih lama atau waktu rehat mereka ditunda. Dalam erti kata lain pelajaran dipanjangkan.
Guru-guru Finland akan meminta anak murid mereka ke "ruangan berehat" jika terdapat satu sudut kecil di dalam kelas. Waktu rehat yang dimaksudkan mempunyai 3 kategori iaitu keseronokkan, kemandirian dan pembaharuan. Waktu tersebut guru dilarang sama sekali mengatur aktiviti mereka seperti meminta setiap murid untuk membaca dengan tenang selama 10minit dan lain-lain.
Buku ini disarankan untuk dimiliki oleh setiap guru dalam usaha memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Rangkuman 33 strategi yang ditulis ini sememangnya amat sesuai dipraktikkan. Banyak lagi isi penting yang boleh diambil sebagai rujukan untuk dipraktikkan dalam kelas.
Sue Oshin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)


