‘Beyonce Sarawak’, Penampilan Terbaru Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan Netizen

27 Jun 2023 • 12:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penampilan Dayang Nurfaizah terkini jadi bualan netizen

‘Beyonce Sarawak’, Penampilan Terbaru Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan Netizen. Penampilan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah, pada majlis pernikahan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib dan Watie, pada Jumaat lalu mencuri tumpuan netizen.

Penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mengenakan busana berwarna merah yang kelihatan langsing dan cantik, hadir menghiburkan tetamu dengan persembahan yang indah.

image is not available
‘Beyonce Sarawak’, Penampilan Terbaru Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan Netizen. Kredit: Dayang Nurfaizah

Penampilan Dayang Nurfaizah pada majlis pernikahan tersebut telah mencuri perhatian banyak netizen.

Komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial menerusi gambar-gambar yang dikongsikan menggambarkan betapa banyak orang yang memuji penampilan terkini penyanyi tersebut.

image is not available

Rata-rata komen yang ditinggalkan menerusi menerusi gambar-gambar yang dikongsikan oleh Dayang Nurfaizah sendiri mengundang ribuan pujian daripada netizen yang terpukau dengan kelangsingan dan kecantikan beliau.

Ini antara komen netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh netizen.

Antaranya, ada yang menyamakan penampilan terkini Dayang Nurfaizah seperti penyanyi pop Amerika Beyonce.

image is not available

Tambah netizen, pilihan warna busana yang diperagakan oleh Dayang Nurfaizah menambahkan lagi kejelitaannya pada malam itu.

image is not available

Menariknya, rata-rata netizen bersetuju dan memuji kecantikan beliau pada malam itu.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: