“BF I Lagi Hot Dari Suami Dia, Buat Apa Nak Rampas” – Fathia Latiff Akui Tiada Niat Nak Hancurkan Rumah Tangga Zahirah

Music
12 Jan 2024 • 3:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dua, tiga hari ni banyak pulak isu panas berkaitan aktres Fathia Latiff kan…

Pelbagai kenyataan panas yang dikeluarkan oleh Fathia sehingga menjadi perbualan hangat warganet di media sosial.

Terkini, Fathia memaklumkan dia tidak berniat untuk menghancurkan rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

@astrogempak

GempakNews: Fathia tampil mengulas situasi sekarang. Baca di www.gempak.com

♬ original sound – Gempak – Gempak

Katanya, dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang lebih kacak daripada bekas teman lelakinya itu dan tiada sebab untuk merampas hak orang lain.

Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah Macwilson). Jadi buat apa saya nak merampas?

Menerusi sesi live TikToknya, Fathia berkata dia tidak kisah jika netizen mengecamnya kerana dia tidak langsung terkesan, malah membuatkan dirinya semakin dikenali.

image is not available

Chill lah. Muka dia memang macam bibik kan. Saya tak kisah pun apa korang cakap sebab korang yang berada di bawah tapak kaki saya.

Sebab itulah saya tak terkesan langsung. Korang yang buat saya semakin dikenali. Saya tak kisah orang ramai bencikan saya. sebab saya tidak boleh mengawal mereka. Saya tetap dengan pendapat saya.

Terdahulu, aktres Fathia mengeluarkan kenyataan dia sudah pun ‘move on’ tetapi masih berdendam dengan bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.