Covid-19: Palestin buka semula Masjid Ibrahimi

27 May 2020 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAMALLAH - Pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA) membuka semula Masjid Ibrahimi di bandar Hebron, Tebing Barat dan Gereja Nativity di Baitulaham semalam sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meredakan sekatan yang dilaksanakan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Puluhan penduduk Palestin turut menunaikan solat Subuh secara berjemaah walaupun berdepan sekatan yang didirikan rejim Zionis untuk menghalang pergerakan para jemaah.

Langkah itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri Palestin, Mohamed Shtayyeh mengumumkan pembukaan semula masjid di wilayah itu.

image is not available

Sementara itu, Masjid al-Aqsa yang ditutup sejak dua bulan lalu akan dibuka semula selepas cuti sempena Aidilfitri menerusi pengumuman dibuat pada minggu lalu.

Penutupan masjid ketiga paling suci itu dibuat pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun untuk mencegah pandemik tersebut.

Pada 15 Mac lalu, pihak berkuasa turut menutup Masjid Kubah Batu yang terletak dalam kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan al-Aqsa.

Kira-kira seminggu kemudian para jemaah juga dilarang berkumpul di kawasan Haram al-Sharif. - Agensi




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved