BHIC Asia diberi kontrak RM21 juta untuk bekal alat ganti, selenggaraan meriam Bofors 40MM/L70 TLDM

Business & Finance
19 Dec 2023 • 11:18 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BHIC Asia diberi kontrak RM21 juta untuk bekal alat ganti, selenggaraan meriam Bofors 40MM/L70 TLDM

zakisalleh

19/12/2023 - 11:18

KUALA LUMPUR 19 Nov - BHIC Bofors Asia Sdn Bhd (BBA) telah melanjutkan kontraknya dengan Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi kontrak meriam Bofors 40MM/L70 Gun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama dua tahun lagi hingga 31 Disember 2025.

Ia melibatkan pembekalan dan penghantaran alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk senjata tersebut.

Kontrak itu mempunyai nilai siling sehingga RM21 juta.

BBA ialah usaha sama antara BHIC Defence Technologies Sdn. Bhd. (51 peratus) dan BAE Systems Bofors Holdings Sdn. Bhd. (49 peratus).

image is not available
Kebanyakan kapal TLDM yang menggunakan meriam Bofors 40mm berusia lebih 40 tahun.

"Pelanjutan ini menandakan perkongsian berterusan antara BBA dan Mindef mengukuhkan komitmen mereka terhadap keupayaan operasi TLDM," kata Boustead Heavy Industries Corp Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

BBA menerima surat penerimaan (LOA) untuk pembekalan dan penghantaran alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk Bofors 40MM/L70 Gun TLDM pada Disember 2020.

Ia diperbaharui untuk tempoh tiga tahun pada 1 Januari 2021 hingga 31 Dis 2023.

Meriam Bofors 40MM/L70 Gun merupakan persenjataan pertahanan udara aras rendah yang dibangunkan oleh firma AB Bofors Sweden (kini BAE System Bofors) sejak tahun 1946.

image is not available
Meriam BOFI Bofors 40mm yang pernah digunakan Tentera Darat sebelum dibersarakan pada tahun 2002.

Ia merupakan senjata pertahanan udara yang terbaik dalam kelasnya dan digunakan lebih 50 negara sama ada di kapal atau darat.

TLDM mula mengoperasikan meriam-meriam ini pada bot-bot peronda dan kapal serangan laju sejak tahun 1965.

Meriam yang dikendalikan secara manual ini lebih ringkas kerana tidak mempunyai sistem elektronik atau optik yang rumit.

Bagaimana pun, jumlah meriam Bofors 40MM/L70 Gun yang dioperasikan TLDM kini semakin berkurangan kerana kebanyakan kapal-kapal perang utama pasukan itu beralih kepada meriam lebih moden seperti Bofors 57mm dan Oto Melara 76mm.

Kapal tempur pesisir (LCS) jika siap kelak juga akan dipasang dengan selaras meriam Bofors 57mm selain dua laras meriam kaliber kecil MSI DS30M 30mm.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved