BHIC Peroleh 2 Kontrak Berkaitan Kapal Selam TLDM Bernilai RM140 Juta

Business & Finance
18 May 2023 • 4:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tempoh kontrak itu adalah selama 11 bulan bermula dari 15 Mac, 2023 sehingga 14 Februari, 2024 - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES), menerima surat lantikan bagi dua kontrak berkaitan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM140 juta.

Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas Perdana Menteri TLDM bernilai RM99.8 juta, kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Tempoh kontrak itu adalah selama 11 bulan bermula dari 15 Mac, 2023 sehingga 14 Februari, 2024.

Dalam makluman berasingan kepada bursa, kumpulan itu berkata BSES juga memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan kemudahan kapal selam untuk TLDM bernilai RM40.2 juta. 

Tempoh kontrak adalah selama 12 bulan bermula 1 Jan, 2023 sehingga 31 Dis, 2023. 

"Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dimeterai kemudiannya,” kata BHIC.

Kumpulan itu berkata kedua-dua kontrak tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan BHIC Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved