Bhuiyen ada empat sijil sembelihan ayam, ikut prosedur

5 Nov 2026 • 1:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bhuiyen ada empat sijil sembelihan ayam, ikut prosedur

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati proses penyembelihan ayam dijalankan premis Bhuiyen Sdn Bhd oleh syarikat itu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

Pengarah Latihan, Penyelidikan dan Penyiasatan PPIM, Dr Izham Nayan berkata, pemeriksaan dijalankan pihaknya juga mendapati syarikat berkenaan mempunyai empat sijil penyembelihan dan lesen perniagaan yang sah.

Katanya, beliau menyaksikan proses penyembelihan dan mendapati haiwan berkenaan diproses secara teratur.

“Ayam yang diletakkan di atas tali sawat penghantar mempunyai masa mencukupi sebelum dimasukkan ke dalam air.

“Kami memeriksa keadaan ayam dan mendapati ia tidak mati akibat lemas,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan kaedah penyembelihan ayam yang meragukan di premis berhampiran Pasar Pudu di sini.

Ia terbongkar selepas seorang individu menunjukkan rakaman video kepada sekumpulan aktivis masyarakat.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin kemudian dilaporkan berkata, siasatan perlu bagi mengenal pasti ke mana ayam berkenaan dibekalkan dan dijual bagi memastikan status halal serta keselamatan makanan terjamin.

Susulan laporan itu, Bhuiyen Sdn Bhd menafikan dakwaan syarikat itu terbabit penyembelihan ayam tidak sah seperti yang tular di media sosial. Dalam kenyataan hari ini, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan, syarikat itu serta semua cawangannya tidak terbabit kaedah penyembelihan yang dipaparkan dalam video berkenaan.

The post Bhuiyen ada empat sijil sembelihan ayam, ikut prosedur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved