Biar betul? Chef Zam bengang, kedai makan terkenal jual nasi lemak tapi jual sambal asing!

LocalFood
21 Aug 2024 • 8:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Chef selebriti, Prof. Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali Chef Zam bengang dan kesal terhadap sebuah kedai makan terkenal di dalam sebuah pusat beli-belah.

Ia susulan kedai berkenaan menjual nasi lemak dan sambal berasingan dengan harga yang tidak berpatutan.

image is not available

Chef Zam bengang, jual nasi lemak tapi kuah asing!

Menerusi hantaran dimuat naik di platform TikTok, chef selebriti berusia 54 tahun itu memberitahu dia membeli satu set menu nasi lemak bersama rendang ayam dan teh ais pada harga RM17.90.

Bagaimanapun, kuantiti sepinggan rendang ayam terbabit kelihatan sangat sedikit dan tidak berpatutan dengan harganya.

Apa yang membuat Chef Zam bengang dan terkejut apabila nasi lemak berkenaan tidak disertakan dengan sambal seperti nasi lemak yang lain.

“Ini saya belum makan lagi rendang ayam ni, nampak berapa ketul ayamnya? Takpelah, RM9.90 banyak ni sahaja ni belum makan lagi, saya baru kuis-kuis tengok berapa ketul ayam.
“Adik tu kata dia timbang, bukalah nasi lemak pula rupanya dalam tiada sambal.
“Nasi lemak kosong dia jual lima ringgit lebih nak sambal tambah lagi, menipu je hidup,” kata Chef Zam.

image is not available

Jangan cuba tipu pelanggan

Dalam pada itu, dia juga meminta agar premis perniagaan berkenaan tidak menipu pelanggan lebih-lebih lagi menjual nasi lemak dan sambal berasingan.

“Jangan cuba menipu duit pelanggan boleh? Kepala hangguk dia, jual nasi lemak takda sambal dan kena tambah duit lain kalau nak sambal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

image is not available

Artikel lain: Diana Danielle imbau zaman hidup susah, tak mampu beli nasi lemak RM1 sebungkus

Apalah erti nasi lemak tanpa sambal

Rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Chef Zam terutama menjual sambal secara berasingan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tapi, berdasarkan pengalaman min makan sebelum ni di kedai terbabit, mereka memang menjual sambal dengan nasi lemak.

Mungkin pekerja di cawangan Chef Zam pergi tu terlupa nak sedia bersama atau memang dijual sambal berasingan? Tapi, tiada nikmat langsung kalau makan nasi lemak tanpa sambal.

Sumber: TikTok Chef Zam