“Biar Betul?” – Pamer Tubuh Sasa, Peminat Terkejut Lihat Penampilan Lee Jaeyoon Dalam ‘Physical: 100’ Musim Ke-2

Entertainment
4 Apr 2024 • 2:13 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang menonton drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” mesti akan mengenali Lee Jae-yoon kan? Terkenal dengan wataknya sebagai abang kepada Nam Joo-hyuk, pelakon itu telah banyak membintangi drama-drama terkenal sejak tahun 2004.

Selain daripada pandai berlakon, Lee Jae-yoon juga merupakan seseorang yang gemar bersukan. Di mana, pelakon itu kini telah memiliki tali pinggang coklat dalam Jiu-jitsu Brazil dan pernah bertanding dalam pertandingan seni bela diri tersebut.

Malah, pelakon itu juga sangat aktif berenang dan menyelam serta banyak menghabiskan masa di gim.

Disebabkan dia sangat gemar bersukan, pelakon itu telah mengejutkan netizen selepas dia menyertai rancangan “Physical: 100” musim ke-2. Selain dari terkejut melihat kemunculan lelaki itu, penonton lebih berasa terkejut selepas melihat tubuh badannya yang sasa.

image is not available

Malah, Lee Jae-yoon juga telah tular di media sosial, di mana rata-rata peminat K-Drama telah menyunting video lakonannya dalam drama dengan penampilannya dalam “Physical: 100 “.

Namun begitu, ramai yang patah hati selepas mengetahui bahawa pelakon tersebut telah berkahwin pada November 2022 yang lalu dengan teman wanitanya yang bukan seorang selebriti.

Korang dah tonton ke belum “Physical: 100” di Netflix?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.