“Biar Gambar Berbicara” – Ibu Shuib Muatnaik Foto Bersama Wan Sharmila, Netizen Beri Restu

Entertainment
9 Aug 2022 • 7:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wan Sharmila dilihat mesra bersama ibu Shuib Sepahtu. - Gambar dari Instagram Wan Sharmila

Ibu kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu telah memuatnaik beberapa keping fotonya bersama pelakon Wan Sharmila di akaun Tik Tok.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah kapsyen video berkenaan yang tertulis ‘biar gambar berbicara’, sekaligus mencetus spekulasi.

Ramai yang tertanya-tanya apakah maksud kapsyen berkenaan? Adakah ia bermakna Wan Sharmila adalah wanita pilihan untuk menjadi suri di hati Shuib.

Mereka berdua juga kelihatan sangat mesra dalam gambar-gambar yang dimuatnaik berkenaan.

Wan Sharmila dijemput ke majlis tahlil buat Allahyarham Siti Sarah sempena setahun pemergiannya akibat jangkitan virus Covid-19 yang berlangsung di kediaman Shuib malam semalam.

Ada juga netizen yang merestui andai Wan Sharmila menjadi pilihan untuk menjadi isteri kepada Shuib sekaligus menjadi ibu tiri kepada empat orang anaknya yang masih kecil.

image is not available

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat mereka. Andai ada jodoh, pasti tidak ke mana. – Getaran, 9 Ogos 2022