
Semalam, genap setahun pemergian penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Sepanjang setahun pemergian isteri kepada Shuib Sepahtu itu, rata-rata netizen cuba ‘mengkenenkan’ Shuib dengan beberapa artis wanita yang dikatakan rapat dengan pelawak dan usahawan berkenaan.
Ibu Shuib muat naik gambar bersama Wan Sharmila
Semalam, tular satu hantaran dimuatnaik ibu Shuib, Amy Salmi di TikTok yang memaparkan keadaan sepanjang majlis tahlil Allahyarmah Siti Sarah yang diadakan di rumah Shuib.
@amysalmi22 biar gambar brbicara
♬ original sound – Zirashafa
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat pelakon, Wan Sharmila turut hadir ke majlis tahlil tersebut dan begitu mesra bergambar bersama-sama ibu Shuib.
Perkara tersebut menjadi bualan dan tanda tanya dalam kalangan warganet selepas kapsyen yang ditulis ibu Shuib seakan-akan memberi ‘hint’ terhadap status anak tunggalnya, Shuib.
Biarlah gambar berbicara.
Maksudnya apa tu?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula tertanya-tanya dengan kapsyen ditulis ibu kepada Shuib itu dan mendoakan yang terbaik buat pelawak berkenaan.




Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Shuib dan anak-anak.
Kredit: TikTok amysalmi22
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Biar Gambar Berbicara” – Muat Naik Gambar Bersama Wan Sharmila, Ibu Shuib Bagi Hint Ke Tu? appeared first on Oh! Media.

