Biar Hujan Lebat, Bazar Ramadan Putrajaya Tetap Sendat

23 Mar 2023 • 10:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bazar Ramadan Putrajaya tetap 'sendat' dengan pengunjung biarpun hujan lebat membasahi bumi. - Gambar oleh Azim Rahman

Tiap kali Ramadan tiba, antara aktiviti yang paling dinanti-nantikan semua adalah untuk berkunjung ke bazar Ramadan bagi mencari juadah berbuka.

Selepas negara mula masuk ke fasa endemik pada 1 April 2022, aktiviti berjualan secara terbuka termasuk di bazar Ramadan kembali mendapat rentaknya. Tiada lagi kawalan mahupun sekatan.

Apa sahaja juadah yang terlintas di kepala, bazar Ramadan jarang sekali menghampakan.  

Saksikan bidikan lensa kamera Jurufoto Getaran, Azim Rahman yang sempat meninjau gelagat pengunjung dan warna-warni di hari pertama Ramadan sekitar Bazar Ramadan Presinct 3, di Putrajaya.

image is not available
Sekumpulan pengunjung dilihat basah kuyup namun berpuas hati kerana juadah idaman sudah di tangan.

image is not available
Pelbagai juadah berbuka yang berjaya dibeli seorang pengunjung biar hujan lebat.

image is not available
Seharian berpuasa, tewas melihat deretan balang penuh berisi air mangga yang cukup menyegarkan.

image is not available
Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli kuih Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras.

image is not available
Deretan balang air pelbagai perisa dan warna sedia menanti pembelinya.

image is not available
Juadah berupa kuih-muih pelbagai jenis dan warna turut ada dijual di Bazar Ramadan Putrajaya.

image is not available
Cucur Udang Alor Gajah antara hidangan istimewa yang terdapat di sini.