“Biar Kedana, Asal Bergaya” – Kongsi Video Kereta Alphard Kena Tarik, Wanita Pesan RM10K Pun Tak Mampu Nak Bayar

3 Aug 2023 • 7:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang Tiktokers baru-baru ini ada berkongsi mengenai kesilapannya dalam menguruskan kewangan apabila dia tersilap langkah dengan membeli kereta jenis Toyota Alphard dengan hanya gaji sekitar RM10,000.

Dalam hantaran video tersebut, wanita berkenaan berkata bahawa dia menyangka dengan gaji sebanyak itu sudah mampu membayar balik pinjaman bulanan kereta mewah tersebut yang bernilai sekitar RM3,000.

Itu la silap Ain. Ingatkan gaji 10K dah cukup nak pakai gajah (Alphard) ni. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar 3K sebulan.

Tulisnya lagi, pada awalnya dia terasa mampu namun sampai masa wanita itu merasakan bahawa kenderaan mewah itu adalah sesuatu yang tidak perlu.

Dengan perkongsian tersebut, wanita itu berharap agar mereka di luar sana mengambil iktibar agar tidak sama sesekali terjerat dengan hutang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka memiliki kenderaan mewah yang selalunya menjadi bebanan jika terlibat dalam masalah seperti rosak dan perlu diservis misalnya.

Sekadar info, seseorang yang ingin membeli kereta perlulah mengambil kira komitmen lain yang perlu dibayar. Disarankan untuk tidak membayar lebih 15% daripada gaji diperoleh bagi komitmen bulanan bagi sesebuah kereta dan tempoh pinjaman terbaik adalah kurang daripada 5 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kepala Lelaki Dalam Jamban" - Anak Mula Bersikap Pelik & Menyanyi Lagu Pelik, Ketagih Kartun Skibidi Toilet