“Biar Saya Sendiri Yang Minta Izin Dengan Isteri Abang” – Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Nikahi Suami Orang

10 Jan 2023 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin dijemput sebagai tetamu di sebuah program ‘Mak Untuk Malaysia (MUM)’ yang dikendalikan oleh pengacara, Azzura Azizul.

Menerusi rancangan tersebut, pelakon berusia 52 tahun itu telah berkongsi kisah mengenai kehidupannya bermadu sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurut Zarina, dia telah dilamar oleh suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar untuk dijadikan isteri kedua.

Namun, ibu kepada empat orang anak itu berkata dia enggan berkahwin dengan suami orang kerana tidak mahu dilabel sebagai perampas.

Saya tak nak kahwin dengan suami orang, saya tak suka jadi perampas suami orang.

image is not available

Malah, Zarina turut meletakkan syarat kepada suaminya untuk memperkenalkan dirinya kepada isteri pertama terlebih dahulu sekiranya benar-benar mahu menikahinya.

Biar saya sendiri minta izin dengan isteri abang. Kalau diizinkan saya kahwin, kalau tak diizinkan saya takkan kahwin dengan suami orang.

Tanpa disangka, pada keesokan hari suaminya telah menunaikan permintaan tersebut dengan membawanya berjumpa dengan isteri pertama.

He’s a very gentleman, itu susah orang nak buat. Suami orang boleh berani bawa jumpa isteri dia, dia betul-betul nak kita.

Info tambahan, Zarina telah berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Adam Azrai dan Naim Azrai, Raizal Azrai (Azal) dan Razil Azrai (Azil).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Podehhhh Uiiiii" - Syamsul Yusof 'Update' Ig Story Makan Sotong Bakar, Netizen Syak Tengah Bulan Madu Di Thailand