Baru-baru ini satu himpunan yang dinamakan sebagai Gerakan Himpunan Pulangkan Najib diadakan di hadapan pintu Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi menunjukkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu.
Gerakan himpunan itu juga akan mengumpul tandatangan petisyen membebaskan Najib untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Pelajar IPTA ditaja untuk jayakan himpunan
Namun begitu, melalui satu perkongsian di Twitter mendedahkan, pelajar-pelajar IPTA akan ditaja datang ke Kuala Lumpur untuk menandatangani petisyen untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Ke-6 itu.

Pengadu turut mendedahkan bukan hanya satu universiti yang terlibat, malahan beberapa universiti lain turut menyertai petisyen ini.
Pengadu juga meminta budaya seperti ini harus dihentikan dan para pelajar tidak perlu lagi didedahkan dengan gerakan seperti ini. Bagi pengadu, pelajar harus diberikan ruang untuk mereka menuntut ilmu dengan tenang tanpa gangguan mana-mana pihak.
Menerusi hantaran itu juga, ada yang menyatakan program itu merupakan anjuran sebuah kelab di universiti awam yang membawa seramai 200 orang pelajar untuk ke istana. Dan gerakan itu juga tersebar meluas di media sosial seperti Instagram dengan meletakkan tanda ‘Pulangkan Najib.’

Minta orang kampung taja pengangkutan, makanan & pakaian
Dalam masa sama, seorang pelajar di sebuah IPTA di Kelantan turut mendedahkan seorang pelajar ditugaskan untuk menghubungi orang-orang kampung di Kelantan untuk menyokong gerakan ini. Bagi mendapat sambutan dan sokongan ramai, difahamkan, orang-orang kampung juga diberikan tajaan dari segi pengangkutan, makanan dan pakaian.

Difahamkan juga, kumpulan-kumpulan ini akan menuju ke istana pada 20-21 Oktober ini.
Sementara itu, netizen meminta supaya dihentikan menyalahgunakan pelajar sebagai satu solidariti kepada kesalahan besar yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Sumber: Injang, Malaysia Gazette
The post ‘Biarkan student kita belajar dengan tenang’ – Individu dedah ada gerakan IPTA minta pelajar tandatangan petisyen bebaskan Najib appeared first on The Reporter.
