“Biarlah Nyawa Dibalas Nyawa! Untuk Maafkan Perbuatan Kejam Ini Amat Berat” – Ibu Arwah Zulfarhan

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain mahu hukuman gantung terhadap keenam-enam tertuduh dikekalkan susulan telah membunuhnya anaknya dengan kejam.

‘Biarlah nyawa dibalas nyawa!’

Menurut Hawa Osman, dia sentiasa menyelitkan doa ketika bersujud agar keenam-enam tertuduh ke tali gantung.

Katanya lagi, barangkali ia seperti kejam tetapi itulah harapannya sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam keadaan kejam.

image is not available

Jadi biarlah nyawa dibalas nyawa! Mereka minta saya memaafkan dan melupakan semuanya. Walau ibu bapa mereka datang meminta maaf tapi ia takkan sama kalau anak mereka mengungkapkan perkataan maaf itu.

Ibu bapa Zulfarhan sujud depan mahkamah

Sekadar info, pada Julai 2024, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan secara sebulat suara untuk membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap keenam-enam pelaku mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Susulan keputusan tersebut, ibu Zulfarhan dan bapanya dilihat sujud di hadapan dewan mahkamah sebagai tanda bersyukur kerana kematian anak terbela.

image is not available 2 days ago

"Zulfarhan Mungkin Meninggal Dunia Akibat Sindrom Steve Johnson" - Peguam Hujah Hukuman Mati Terhadap Enam Bekas Pelajar UPNM Tidak Selamat