'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung

LocalTravel
30 May 2026 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung
Jaslinda Saludin, dilaporkan hilang sejak 23 Mei lalu ketika pendakian di Gunung Batu Putih.
Image from: 'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung
Misi pencarian Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu diteruskan dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.
Image from: 'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung
Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu
Image from: 'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan percubaan kedua bagi menghantar anggota penyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad lepas. Foto Bernama.
Image from: 'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung
Nota ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.

Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR  turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat.

"Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu.

**media[3535781]**

"Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu. Pendek kata, ia memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi untuk mengharungi keseluruhan pendakian,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh di sini, pada Jumaat.

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Muzafar, 50, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendakian percaya kehilangan Jaslinda berpunca daripada tersilap memilih laluan ketika menuruni gunung berkenaan, berdasarkan penilaian awal dilakukan pasukan penyelamat di lapangan.

Beliau berkata disebabkan kondisi fizikal semakin lemah mengakibatkan mangsa mungkin tidak dapat berfikir dengan lebih baik, sekali gus memilih laluan salah yang seakan-akan sama dengan laluan asal menuju ke kaki gunung.

**media[3535783]**

Menurut Muzafar, operasi SAR di gunung kelapan tertinggi di Malaysia itu juga antara paling lama pernah disertainya sepanjang bergelar malim gunung.

"Operasi pencarian lazimnya dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga hari sahaja, bergantung kepada keadaan lokasi serta maklumat awal yang diperoleh di lapangan,” katanya.

Ditanya kemungkinan Jaslinda masih mampu bertahan, beliau berkata aspek tersebut tidak boleh ditolak memandangkan kemampuan seseorang pendaki untuk terus hidup bergantung dari sudut mental dan fizikal masing-masing.

**media[3535784]**

"Pengalaman operasi sebelum ini menunjukkan ada mangsa masih mampu bertahan dalam tempoh tertentu walaupun berada dalam keadaan mencabar, namun ia sangat bergantung kepada faktor semasa di lokasi kejadian,” katanya.

Muzafar turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian supaya tidak bergerak secara solo dan sentiasa memastikan pendakian dilakukan berkumpulan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).- Bernama