Biasiswa anak: Pemimpin pembangkang harus muhasabah

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Tindakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam meluluskan permohonan biasiswa anak kepada Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman, menunjukkan satu contoh dan teladan baik yang harus dicontohi semua.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata Hajiji tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana menyokong permohonan biasiswa tersebut sehingga bernilai jutaan ringgit.

“Malah, Ketua Menteri telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Ketua Menteri tanpa mengira latar belakang politik, masyarakat, agama dan kaum di Sabah.

“Sebaliknya dalam hal ini, Azis yang sepatutnya dipersalahkan kerana memohon biasiswa walaupun Azis dan isterinya berkemampuan menanggung kos kedua anaknya.