Bibik2 panjat pagar duri lari rumah, Cik B harap ‘pakwe’ mereka hargai usaha

14 Jun 2023 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan yang pembantu rumah di kediaman mereka telah melarikan diri.

Bibik lari pulak

Menerusi ciapan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dia menyatakan bibik-bibik tersebut telah meninggalkan rumahnya kerana mengikut lelaki yang mungkin teman lelaki mereka.

image is not available

Usaha jumpa lelaki tu bukan main2

Ujar Cik B lagi, pembantu rumah tersebut sanggup meninggalkan bilik baru yang diberi majikan dan rumah mewah tempatnya bekerja dengan memanjat dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi sebelum lari dengan seorang lelaki.

Tambahnya secara berseloroh, dia berharap agar lelaki tersebut menghargai usaha bibik itu kerana bukan mudah untuk melarikan diri dalam kondisi yang boleh membahayakan nyawa sendiri.

Tengah musim bibik lari ke ni?

Perkongsian Cik B itu telah mendapat perhatian ramai dan meninggalkan komen di TikTok remaja tersebut dengan bertanyakan adakah sedang musim bibik lari dari rumah majikan ketika ini.

Mereka juga sempat bergurau dengan meminta kerja kosong di rumah Dato’ Seri Vida memandangkan ada beberapa kekosongan dalam jawatan pembantu rumah.

image is not available

Mungkin bibik2 tu termakan pujuk rayu jantan kot

image is not available

 

Ada kekosongan la kiranya ni

image is not available

Ramai offer nak jadi bibik

image is not available

Nak hantar resume boleh?

image is not available

Sumber: Twitter Cik B, TikTok Cik B