“Bibir Pun Tak Gerak Sama..” – Lisa BP Teruk Dikritik Dek Didakwa ‘Miming’ Di Pentas VMA

WorldEntertainment
13 Sep 2024 • 12:09 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas keluar dari YG Entertainment, Lisa nampaknya sedang sibuk dengan pelbagai aktivti solonya kini!

Terbaru, Lisa telah mencipta rekod baru sebagai artis K-Pop dan berjaya membawa pulang anugerah ‘K-Pop Terbaik’ buat kali kedua di acara berprestij itu.

Selain itu, wanita tersebut juga telah menggegarkan pentas dengan lagu solonya “Rockstar” dan “New Woman”, memancarkan aura idolanya yang tak perlu dipersoalkan lagi.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen yang sedikit kecewa dengan persembahannya dan mendakwa Lisa lebih banyak miming berbanding nyanyi secara langsung di situ.

Antara komen yang ditulis,

  • ‘L’ dalam Lisa adalah untuk lip synch.
  • Bibir dia gerak tak sama langsung dengan lirik lagu tu..
  • Lisa, saya tahu awak boleh buat lebih bagus dari ni.
  • Kalau ye pun, miming la bebetul Lisa.

Namun, ada juga yang tampil mempertahankannya dan menjelaskan bahawa muzik latar di belakang mungkin lebih kuat berbanding suaranya.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.