Bicara Kes Hasut Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

LocalPolitics
2 Feb 2024 • 11:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Bicara kes hasut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah dipindah ke Mahkamah Tinggi selepas menerima kebenaran daripada mahkamah berkenaan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, perbicaraan kes tersebut yang membabitkan dua pertuduhan ke atas dirinya telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Foto: Harian Metro

Hakim Aslam Zainuddin memutuskan untuk memberikan kelulusan itu kepada Muhammad Sanusi Selepas beliau selaku pemohon memohon untuk memindahkan kes berkenaan.

“Selepas meneliti hujahan bertulis, afidavit sokongan, notis usul dan hujahan lisan kedua-dua belah pihak iaitu pemohon dan responden, mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) itu telah berdepan dengan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Bicara kes hasut Sanusi dipindah ke Mahkamah Tinggi

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan memindahkan kes dan menggantung perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Januari.

Beliau yang diwakili oleh peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud beralasan permohonan itu dibuat kerana perbicaraan yang saksama tidak dapat dijalankan di mahkamah rendah selain mungkin berlaku kesulitan undang-undang.