Bicara khas ilmu agama di Masjid Jumhuriah Taman Dato Haron esok

23 Jul 2022 • 1:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JULAI: Program khas ilmu agama, Bicara Khayra Ummah diteruskan lagi esok di Masjid Jumhuriah Taman Dato Haron, Petaling Jaya.

Program bermula 7 malam menampilkan Exco Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam slot Bicara Khas dengan tajuk Kasih Keluarga, Negeri Penyayang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut dijadual hadir memberi ucaptama dalam majlis bersempena karnival Jelajah Selangor Penyayang di Petaling.

Sebelum ini, karnival sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor dengan ketiga-tiganya mendapat sambutan menggalakkan.

Program berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Siri jelajah berkenaan dianjur khusus bagi memperkenalkan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai rakyat memperoleh manfaat.image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved