Bidaan Nombor NPI Kenderaan Siri MADANI, Cecah RM2.6 Juta

LocalCars
25 Oct 2024 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, harga keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI ditutup dengan kutipan sebanyak RM2.6 juta.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata angka itu diperoleh berdasarkan laporan awal diterimanya.

"Hasil setakat ini RM2.6 juta, nanti saya akan keluarkan kenyataan," katanya.

Harga bidaan minimum bagi siri nombor plat MADANI ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk nombor utama, RM5,000 (nombor premium), RM2,500 (nombor menarik), RM500 (nombor popular) dan RM100 (nombor semasa).

image is not available

Siri nombor pendaftaran itu adalah inisiatif kerajaan untuk menyokong agenda Malaysia MADANI sekali mempromosikan nilai MADANI yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved