Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal

LocalCars
27 Apr 2026 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal

image.png

Nampaknya,  Siri Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) 'P_P' mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mengutip hasil bidaan mencecah RM21.6 juta, sekali gus menjadi simbolik kemegahan sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke-80.

image.png

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan bahawa siri eksklusif ini menjadi rebutan ramai dengan P1P muncul sebagai nombor paling mahal, terjual pada harga RM1.1 juta.

Top 5 Nombor Paling 'Kayangan' Siri P_P:

Bukan sahaja P1P, beberapa nombor tunggal lain turut mencatatkan nilai bidaan yang mengejutkan:

P1P: RM1,100,000

P9P: RM1,000,777

P8P: RM613,000

P6P: RM600,777

P2P: RM512,000

Rebutan 19,000 Pembida, 100% Telus Melalui JPJeBid

Sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka (20 hingga 24 April), sistem JPJeBid menerima penyertaan seramai 19,370 pembida. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,973 individu dan syarikat berjaya memenangi nombor idaman masing-masing.

Selain nombor bernilai jutaan ringgit, nombor "popular" turut menjadi tumpuan:

P1177P: Menjadi rebutan paling sengit dengan 26 pembida.

P313P & P22P: Masing-masing menarik 24 pembida.

P411P & P888P: Masing-masing mencatatkan 22 pembida.

Duit Bidaan Kembali Kepada Rakyat

Menariknya, Anthony Loke menegaskan bahawa setiap ringgit yang dikutip daripada "geng nombor plat" ini tidak akan disia-siakan. Hasil bidaan NPI ini akan disalurkan semula kepada orang awam melalui pelbagai inisiatif kebajikan:

Program MyLESEN: Membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu.

Pertukaran Topi Keledar: Memastikan keselamatan penunggang motosikal terjamin.

image.png

Kenapa Siri 'P_P'?

Pemilihan kod 'P_P' bukan sekadar kebetulan. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, ia membawa maksud yang mendalam:

Simbolik Lokasi: Sinonim dengan Pulau Pinang yang menjadi tuan rumah sambutan tahun ini.

Identiti Jabatan: Merujuk kepada Pengangkutan dan Penguatkuasaan.

Lapan Dekad: Tanda peringatan 80 tahun jasa JPJ dalam membangunkan sistem pengangkutan negara.

Majlis pelancaran gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut menyaksikan transformasi JPJ ke arah pendigitalan dan penguatkuasaan yang lebih moden.