Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu barisan pemainnya terus bekerja keras meskipun berjaya meraih bekalan selesa setelah melakar kemenangan 3-0 bertemu Kelantan FC dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

