BigPay TravelEasy Tawar Pelan Insurans Perjalanan Antarabangsa Bermula RM35

TechnologyDigital
18 Jan 2024 • 10:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BigPay dilihat memperluaskan fungsinya dengan memperkenalkan BigPay TravelEasy yang menawarkan konsep perlindungan insurans perjalanan antarabangsa di hujung jari.

image is not available

Melaluinya pengguna boleh memohon insurans perjalanan hanya melalui aplikasi dengan proses keseluruhan yang mengambil masa beberapa minit. Ia ditawarkan menerusi kerjasama strategik dengan Tune Protect Malaysia, selain turut mencerminkan komitmen BigPay untuk menyediakan perlindungan insurans perjalanan mudah diakses dan berpatutan.

image is not available

Ia menawarkan pelindungan di seluruh dunia dengan pelan bermula dari RM35 untuk perjalanan antarabangsa. Faedah insurans itu merangkumi pelbagai situasi termasuk kemalangan, perbelanjaan perubatan, kelewatan penerbangan, kehilangan atau kerosakan bagasi dan banyak lagi.

image is not available

Proses permohonan juga ringkas yang melibatkan lima langkah mudah yang bermula daripada menyediakan butiran perjalanan, sehingga memilih pelan yang sesuai. Dengan antaramuka baharu yang dikemaskini sebelum ini turut memudahkan proses. Ikuti langkah dibawah untuk membuat permohonan:

  • Langkah 1: Buka aplikasi BigPay, kemudian klik “Explore” dan “Insurance”

  • Langkah 2: Klik “TravelEasy – Individual”

  • Langkah 3: Klik “Get a quote”

  • Langkah 4: Isikan butiran perjalanan.

  • Langkah 5: Pilih pelan dan semak keluar.

View Original Article