Bikerguard Ialah Pengelap Cermin Untuk Topi Keledar Motosikal

TechnologyDigitalCars
21 Nov 2024 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila hujan adalah tidak disarankan untuk menunggang kerana jalan yang licin dan kesukaran melihat apa yang berada di atas jalan. Ini kerana permukaan plastik penutup topi keledar menangkap titisan air yang hanya boleh dihilangkan dengan menunggang dengan laju. Maka Bikerguard telah dibangunkan dengan ia adalah kit pengelap cermin yang dipasang pada topi keledar.

image is not available

Ia mempunyai bilah pengelap mini yang akan membersihkan visor daripada air hujan. Setiap Bikerguard boleh digunakan antara 5-15 jam mengikut kelajuan. Baterinya pula boleh dicaj semula menggunakan kabel bermagnet. Setiap unit pula melepasi piawaian IPX-6.

image is not available

Untuk mengawalnya pula, sebuah butang kawalan boleh diikat pada bahagian pemegang motosikal. Bikerguard dijual pada harga € 399 (~RM 1883) untuk satu set lengkap.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved